Ahad, 1 Jun 2014

Misi Mencari Aku

Bismillah
Alhamdulillah



Tajuk entry tak boleh bla .. bila masa aku hilang pon xtau 😯
Allahuakbar

terima kasih ya Rahman ya Rahim
dari hari ke hari .. dapat aku nikmati dan hayati belaian kasih sayang - Mu

Setelah duduk merenung jauh
apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan
Subhanallah
cantik. Indah. Hebat.

sungguh
manusia merancang dengan cita - cita
Allah merancang dengan cinta
maka perancangan Allah jualah yang terbaik buat hamba Nya

kerana kasih nya ilahi
teguran diberi

aku dah terlalu banyak berubah?
Ye .. ibu pernah cakap jugak dulu
Tapi aku buat tak endah
berubah apanya?

Memang tamparan buat aku
bila Allah tegur cara begini
Allahuakbar

Macam mana di tegur? 
Biarlah aku simpan sendiri
yang penting fokus aku kini
mencari sisi diri aku yang hilang

mudahnya kau alpa syiqin sayang
astaghfirullah

Allahu
permudahkan lah
Aku tak sanggup terus hidup dalam diri 'palsu' ni

Rabbi yassir wala tuassir ya karim
doakan sekali ye 😙

Tiada ulasan:

Catat Ulasan