Sabtu, 3 September 2016

sebuah nama dalam doa

aku punya sebuah nama
dalam doa

belum terubah
belum terganti
masih nama yang sama

meski berbolak balik sifatnya hati
masih nama yang sama

aku terfikir
punyakah seorang insan
yang tak terganti juga namaku
dalam bait-bait doanya
sekian lama

obsesi sedang membunuhku
mungkin perlu segera belajar
pada sebuah senyuman dan lirikan mata
yang mungkin bukan tercatat untuk ku
di dunia

cinta pada sebuah nama
mungkin termampu cuma dalam doa

terima kasih atas segala usaha
pada sebuah nama yang sama

Selasa, 3 Mei 2016

Pada sebuah senyuman dan lirikan mata

Belum pun reda
Sakit rindu yang satu

Tertimpa lagi aku
dengan barah rindu seterusnya

Setelah sekian lama
Sangka aku
Aku kuat
Aku akan tegar
Aku lali

Alah bisa tegal biasa
Dengan semua sakit ini

Aku salah.
Aku kalah.

Masih cuba bertahan
Masih cuba
Masih

Pulanglah
Sampaikan penawar buat barah ini

Tak tertanggung lagi oleh diri

Doa.
Doa.
Doa.

Semoga selamat semuanya
Di sana
Dan
Di sini.

Menanti setahun ++
Nyata semakin siksa
dengan sakit ini

Keringlah air mata
Pada sebuah senyuman dan lirikan mata
Semoga berkesempatan
terubat segalanya

Dalam redha dan rahmat-Nya

Isnin, 7 Disember 2015

Setahun tak lama.. cuma..

Bismillah
Alhamdulillah



taraa.. taraa...

im back
(Si fhai la ni... sebenarnya aku pun lupa dah password blog ni tapi rezeki bukak terus dapat kan. Makaa muehehe setelah setahun kau sepi wahai blog)

Yep
Setahun tak lama
cuma ....

terlalu banyak yang dah terjadi
itu ini sana sini
like always

BIASALAH .. INIKAN KEHIDUPAN

Alhamdulillah,
tahniah dan takziah
Buat diri
sepanjang setahun
berlalu

semoga semua yang terjadi
jadi pengajaran, madrasah tarbiah terbaik
menjadikan kau

NURUL ASYIQIN BINTI SABRI

yang mukminah solehah
yang sentiasa perbaiki diri
bidadari yang tidak putus asa
menyediakan diri
untuk kembali merebut tempatnya di syurga

amin amin amin

p/s : sebab terlalu  banyak cerita so tak tau nak mula dari mana. Ermm maybe mula dengan share doa yang selalu aku amal. (Superb). Next entry ok?

Wallahualam.

Jumaat, 26 September 2014

Kenapalah cepat sangat korang ni membesar

Bismillah
Alhamdulillah

cuti seminggu hari tu
walaupun banyak sangat assignment

gagahkan jugak lah diri untuk balik
(Eceh ayat)

Lepas ibu 15ratus kali (propa)
Tanya bila nak balik? Bila nak balik?

Yela balik la jugak sekejap
walau rasa ouch stress
assignment melambak 1 pun xsentuh ni

malam tu
ibu tanya kami adik beradik yg tengah duk melepak depan tv

'Siapa nak ikut ibu pg bla bla bla ...?'

Dan seorang pun xmenjawab ..
pandang ibu sambil senyum
xnak pg la tu

'Laa .. xda siapa ke nak ikut ibu? Jom la ... semua xnak ikut? ... kenapala korang ni cepat sangat membesar? Semua xnak ikut dah'

Titiba aku sentap sendiri
ya Allah ....

sampainya hati aku
nampak sangat ibu sunyi
sejak anak anak makin membesar ni

aku pulak .. asyik xbalik
Allah .....
rasa bersalah

Maka aku and budin ikut la
teman kan ibu pg bla bla bla ...

the next day
tengah aku golek golek dalam bilik
ibu ketuk pintu
ajak pg bla bla bla

'Jom la .. tu sebab ibu suruh kau balik .. senang nak ajak pg sana sini .. nanti kau dah kawin susah nak ajak .. xda dah nak teman ibu'

Ouch .. again

aku nangis ... 

ya Allah ..
jangan kau ambil kedua ibu bapa ku
saat aku belum lagi berbakti kepada mereka
izinkan aku
penuhi segala impian mereka terlebih dahulu ya rabb

ye .. kita semakin membesar
dan mereka
semakin dimamah usia

Jangan pinggirkan mereka dengan kesibukan kita
Mereka sunyi
tanpa khabar kita
sedang dulu ...
sakit demam jatuh bangun kita
merekalah disisi

sampai sekarang
masih terasa kekesalan

kenapalah aku tak balik
setiap hujung minggu
sedang aku berkemampuan

ibu tu tertunggu tunggu
ada je helahnya
nak mintak aku balik

ibu abah
ayong mintak maaf
ampunkan ayong

ayong xnak kawin ...
eh?
Haha

Selasa, 16 September 2014

Ujian yang menerpa

Bismillah
Alhamdulillah



ya Rabb
kuatkanlah kami
satukan hati kami

Tidak akan berlaku
sesuatu itu
Tanpa izin Mu


Sabtu, 23 Ogos 2014

Kalau aku kata .....

Bismillah
Alhamdulillah

(Diri sendiri berdebar dengan tajuk entri)

Kalau aku kata .....

......

kalau aku kata ....

.....

aku sayang kau

mesti kau tersedak kan?

Haha abaikan
abaikan

aku stress buat assignment ni

jadi mohon layan je la
otak tak centre ni

But remember

i'm unpredictable

so ..
statement atas tu

emm emmm
Wahahahaha

Ok done
sambung assignment

(Aku overdose assignment)

My girlfriends know me

Bismillah
Alhamdulillah


tadi godek godek fb
jumpa quote ni

senyum sorang
haha

yeah .. i'm trying to tell you that
wanna know me?

ask my girlfriends
selain my family

haha