Sabtu, 12 Julai 2014

JANGAN

Bismillah
Alhamdulillah

Makan : aku bukan jenis obsessed
dengan sesuatu makanan
moderate je
ada makan
xda sudah

Contoh : fanatic sangat dengan coklat ke sup ke pasta ke
ok not me

tapi tapi tapi

orang pesan jangan cabar iman sendiri
...

(Macam biasa la lagi kata jangan lagi nak buat ye tak?)

Bajet iman tough
dan tak kan Mengundang efek mengidam dan terliur
aku p survey gambar gambar makanan
berasaskan cekelat dan lain lain
(Mostly la coklat .. sejak cadbury khianati aku ni)

aku warning awal awal ni
kalau rasa diri tu golongan perahu perahu kecil
Tak payah tunjuk hebat nak tenung gambar ni lama lama

aku tak akan bertanggungjawab
Atas sebarang kecederaan emosi dan peningkatan nafsu makan
atau masalah ketagihan berlebihan terhadap makanan yang dipaparkan
dan sebagainya


Perkhh cair pulak coklat kat dalam tu ...


adoii dengan ais krim pulak ... brownie pulak


Kek design coklat plus real coklat ..
nutella
oreo
mm
Kit kat

(Sesak nafas)


Haaa berkrim ... sundae ais krim Aaaaaa


apa ni? Apa ni? Mata kabur

ok dah dah
stop stop

aku yang goyang
haih la ...

mesti la dah aku yang cari
banyak pulak tu gambar

xdan nak masuk semua
ibarat sengaja menggugat iman
dua tiga kali

moral of the story : bila dinasihat orang tu .. dengar
ada sebab la dinasihat tu
For our own benefit
lain orang lain pengalaman
so mereka menasihati
mesti based on pengalaman mereka yang kita xda
atau ada tapi
alaa degil kan .. haha

(alaa mana nak cari kek cekelat ni... aaaaaa)

Jumaat, 11 Julai 2014

WAJIB MATI

Bismillah
Alhamdulillah

amboi 
kasar bebenor tajuk


Ate ..
boleh ke mintak diskaun dengan malaikat maut?

Alaa nanti nanti la
4 5 hari lagi
buleh deh?

solat taubat tak sempat buat lagi
banyak na kojo ni ha

banyak cantik hensem muka kau
ingat malaikat maut tu adik adik kau?
bagi gula gula hacks 20 sen
pastu main jauh jauh

ok serious tak lawak

jom baiki diri
(aku lebih ajak diri sendiri sebenarnya)

xnak?
tu malaikat maut kat pintu

p/s : doakan aku .. kena check up kat pakar pulak
sampai 500 latus .. cehh check up je pung
cekik darah!
Tapi kenang risiko kena tahan wad hehe
cakap dengan ibu : tunggu cuti boleh ?
ahaha dasar penakut

Khamis, 10 Julai 2014

Terima lah seadanya

Bismillah
Alhamdulillah

Kau pernah cuba hidup seorang diri?
Meng kera sumbang kan diri?
Err ......
(Aku bakal cikgu bahasa haha)

tercampak sekali lagi di bumi Selangor ni
(KL tu parts of selangor ok)

Tujuan yang sama
nak belajar
walau asal nya
Allah ..... Selangor lagi?
(Krisis air hahaha)

Eh jap kenapa intro macam x kena?
Haha

ok ok lari balik
motif utama entri



kawan : terima seadanya
Dalam hidup ni
kau lari kut mana pun la
kalau kau kata kau boleh hidup
xbergaul dengan orang

meh sini
aku ada borang tanjung rambutan
Kenapa aku ada borang tu?
Jangan tanya
aku salah amek borang hari tu
ok merepek

so .. kawan
jangan kau harap semua orang
akan sama pendapat dengan kau
akan selalu setuju angguk patuh dengan idea kau

hey kemon la
Bosan la hidup macam tu

walau kadang
rasa annoy gila dengan dia tu dia ni
tak ke kau terfikir
entah entah kau lagi annoy orang lain
hahahahaha


maka nya mbak
terima la
kurang lebih sahabat
Kita kan ditakdir berjumpa
untuk lengkapi satu sama lain
belajar perbaiki diri sama

Kau ingat saja saja Allah bagi kita ni bertemu
no no no
everything happen for reason (s)

kalau bukan kau ujian untuk aku
aku ni la ujian untuk kau
haha

xkira la aku ni gemuk ke kurus ke lonjong ke
kau tu cute ke hodoh ke jelita ke
dia tu gelak terbahak ke sopan ke mengilai ke

Yang lebih kita raikan
Yang kurang kita topup kan 
(Maxis ada digi ada celcom ada u mobile ada hahaha)

Ok?
Tak ok lantak kau la

Aku cari semua dalam doa

Bismillah
Alhamdulillah


terkesan baca
status dia ni
mencari dalam doa

ye jugak
dah kalau memang realiti nya
kau tak dapat nak jumpa dia berdepan
nampak zahir

Atau ada depan mata
tapi rasa jauh tak terjangkau

cari lah dalam doa

Agak agak korang selalu tak cari aku dalam doa?
hehe
(Berani cakap tak! Xnak kawan! Haha)

Semalam dapat borak lama sikit
Dengan kau
wish birthday tukar tukar story
Hmm jujur aku kata
aku lega
sebab aku masih lagi sayang orang yang sama
Kau tak berubah
friendship kita tak berubah
(Lap air mata bajet terharu)


Ha ha dah jangan fikir bukan bukan
Kitorang memang macam ni
Alhamdulillah
setakat ni memang straight
Terbukti

Dalam bertiga (yang rapat)
aku hazirah zirahmi
memang kitorang suka buat jalan cerita friendship macam ni
ala ala sweet sour happy ever after gitu
Kenapa?
mana la aku nak lupa orang 1st yang ajar aku
pasal friendship
so sayang sayang semua
mohon jangan cemburu

kita hargai yang lama
yang baru tidak kan ku lupa
wahh

jangan risau
jangan berebut
korang tetap ada bahagian
dalam hati aku
dalam doa aku
 ye sayang sayang ku

Now we are waiting for si hati batu yang sweet
balik Malaysia
yang dirindu siapa saja yang pernah kenal dia

(Alaa aku tak jeles korang lebih banyak spend masa dengan dia sebab dia pernah bagitau aku .. setakat ni hanya aku yang mampu buat dia nangis rindu kan aku .. haha kau hadoo? Wekk .. biasa la aku kan ada cara sendiri nak menggoda Hahahahaha)

tapi kalau statement tu sekadar
tipu daya nak amek hati aku
apakan daya
aku kan lurus
percaya je apa yang orang aku sayang cakap
haha
(sedih je ayat)

so macik! We are waiting for you
even kau tak bagitau pun Aku
kau nak balik sabtu ni!


Allah tak kejam sayang

Bismillah 
Alhamdulillah

Pernah tak kau rasa sedih sangat sangat?
rindu sangat sangat?
Benci sangat sangat?
X pernah?
biasa biasa je?
Alhamdulillah

entri ni lebih kepada
nak memujuk hati sendiri

tarik nafas .. lepas
Tarik .... lepas
(Oii busuk siapa kentut? )
Haha

bila tiba tiba tiba  datang 
masa kurang akal perempuan aku

Masa tu la nak rasa
macam ombak lautan Hindi bergelora

(Hei aku perempuan biasa .. and that's the way normal girl akan rasa bila sampai masa kurang akal nya)

Mostly bila macam ni
aku akan taip taip taip
padam padam padam

lepas puas buat benda sia sia yang dinyatakan di atas
aku termenung kejap

ya Allah
sayang nya Kau pada aku
Aku lalai 
Kau datang kan sesuatu yang buat aku
Perlu ingat semula pada Mu

bila refresh balik
kotak memori yang kadang kadang berkarat ni
(Manusia fitrah nya kan lupa)

apa lagi syiqin yang kau tak puas hati?

Kau nak merungut famili jadi miskin lepas abah kena buang keje?
Kan lepas tu kau belajar berdikari
kan lepas tu kau belajar ber tanggungjawab atas famili
kan lepas tu kau kenal kasih nya ilahi
Kan lepas tu kau belajar fikir masa depan
Kan lepas tu kau faham famili perlu stick together
ada kau nampak abah putus asa?
Walau lepas tu lebih banyak yang datang melanda
macam dah jatuh ditimpa tangga
(Amboi asal boleh nak a-a-a kan belakang haha)
Dan paling penting

lepas kau belajar semua
kan Allah dah pulangkan sikit demi sikit sekarang ni? 
See?
Allah tak kejam
Allah ambil sekejap untuk kau sekeluarga belajar sesuatu

Allah tak kejam
Tidak Allah ambil sesuatu dari kita melainkan
 menggantikan nya dengan sesuatu
Yang lebih baik

ok dah .. senyum hihi
hati dah terpujuk
😚 

Sudut bodoh

Kalau pernah terjatuh
Bangkitlah

Tutup lopak itu
Cipta langkah baru

tapi aku bodoh
dah ditutup
Setia pula
aku tunggu untuk jatuh semula
pada lopak yang sama

Hei lopak
Bukan salah kau
tapi
aku

sebab aku yang buta
tuli

Bertopeng senyum
luka aku balut

konon dah sembuh
parah 
tiada
cuma dah bernanah
sini sana

membusuk
macam bangkai
jijik
Meloyakan

suka pada bangkai?
Ahh

biar aku seorang bodoh
jangan kau pula nak ikut sama

sebab jauh jauh
dalam hati yang luka ni
Ada 1% percaya

aku tak layak bahagia
dalam cinta pada manusia

Rabu, 9 Julai 2014

sebulan lebih

Bismillah
Alhamdulillah
lepas sebulan lebih tak tengok blog
update atas permintaan haha

tak sangka ada yang baca dengan setia
auuuu terharu titew


Dalam sebulan lebih tinggal blog
akhirnya dah memandu
atas jalan raya dengan halal

Alhamdulillah
Cuma masih dalam kawalan
Ibu abah lagi la

jadi Nurul Asyiqin binti Sabri
apa yang anda belajar dari penghalalan lesen memandu?


  1. Tak semua benda yang kita tak suka tu tak baik untuk kita .. erm macam tu la jugak sebaliknya (huwaaa)
  2. Bila kita cuba ikhlas kan hati atas apa yang baik untuk kita walau pada mula kita tak suka .. in shaa Allah semua dengan sendirinya akan jadi sangat membahagiakan.
  3. Paling penting : yes! Alhamdulillah! Bye sekolah memandu! Bye! Bye! Lepas ni cuti sekolah xla dihantui dengan kelas memandu!  Yeah!