Selasa, 3 Mei 2016

Pada sebuah senyuman dan lirikan mata

Belum pun reda
Sakit rindu yang satu

Tertimpa lagi aku
dengan barah rindu seterusnya

Setelah sekian lama
Sangka aku
Aku kuat
Aku akan tegar
Aku lali

Alah bisa tegal biasa
Dengan semua sakit ini

Aku salah.
Aku kalah.

Masih cuba bertahan
Masih cuba
Masih

Pulanglah
Sampaikan penawar buat barah ini

Tak tertanggung lagi oleh diri

Doa.
Doa.
Doa.

Semoga selamat semuanya
Di sana
Dan
Di sini.

Menanti setahun ++
Nyata semakin siksa
dengan sakit ini

Keringlah air mata
Pada sebuah senyuman dan lirikan mata
Semoga berkesempatan
terubat segalanya

Dalam redha dan rahmat-Nya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan