Khamis, 10 Julai 2014

Sudut bodoh

Kalau pernah terjatuh
Bangkitlah

Tutup lopak itu
Cipta langkah baru

tapi aku bodoh
dah ditutup
Setia pula
aku tunggu untuk jatuh semula
pada lopak yang sama

Hei lopak
Bukan salah kau
tapi
aku

sebab aku yang buta
tuli

Bertopeng senyum
luka aku balut

konon dah sembuh
parah 
tiada
cuma dah bernanah
sini sana

membusuk
macam bangkai
jijik
Meloyakan

suka pada bangkai?
Ahh

biar aku seorang bodoh
jangan kau pula nak ikut sama

sebab jauh jauh
dalam hati yang luka ni
Ada 1% percaya

aku tak layak bahagia
dalam cinta pada manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan