Khamis, 10 Julai 2014

Allah tak kejam sayang

Bismillah 
Alhamdulillah

Pernah tak kau rasa sedih sangat sangat?
rindu sangat sangat?
Benci sangat sangat?
X pernah?
biasa biasa je?
Alhamdulillah

entri ni lebih kepada
nak memujuk hati sendiri

tarik nafas .. lepas
Tarik .... lepas
(Oii busuk siapa kentut? )
Haha

bila tiba tiba tiba  datang 
masa kurang akal perempuan aku

Masa tu la nak rasa
macam ombak lautan Hindi bergelora

(Hei aku perempuan biasa .. and that's the way normal girl akan rasa bila sampai masa kurang akal nya)

Mostly bila macam ni
aku akan taip taip taip
padam padam padam

lepas puas buat benda sia sia yang dinyatakan di atas
aku termenung kejap

ya Allah
sayang nya Kau pada aku
Aku lalai 
Kau datang kan sesuatu yang buat aku
Perlu ingat semula pada Mu

bila refresh balik
kotak memori yang kadang kadang berkarat ni
(Manusia fitrah nya kan lupa)

apa lagi syiqin yang kau tak puas hati?

Kau nak merungut famili jadi miskin lepas abah kena buang keje?
Kan lepas tu kau belajar berdikari
kan lepas tu kau belajar ber tanggungjawab atas famili
kan lepas tu kau kenal kasih nya ilahi
Kan lepas tu kau belajar fikir masa depan
Kan lepas tu kau faham famili perlu stick together
ada kau nampak abah putus asa?
Walau lepas tu lebih banyak yang datang melanda
macam dah jatuh ditimpa tangga
(Amboi asal boleh nak a-a-a kan belakang haha)
Dan paling penting

lepas kau belajar semua
kan Allah dah pulangkan sikit demi sikit sekarang ni? 
See?
Allah tak kejam
Allah ambil sekejap untuk kau sekeluarga belajar sesuatu

Allah tak kejam
Tidak Allah ambil sesuatu dari kita melainkan
 menggantikan nya dengan sesuatu
Yang lebih baik

ok dah .. senyum hihi
hati dah terpujuk
😚 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan